Urutan ahli Pertis ada pengiktirafan SKM

Urutan ahli Pertis ada pengiktirafan SKM

Tiada lagi istilah cuba-cuba atau ikut-ikut dalam aktiviti urutan refleksologi bagi ahli Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu.

Pengerusinya, Mohd Fauzi Mansor berkata, bermula tahun ini ahli yang menjalankan aktiviti mengurut akan diminta untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Menurutnya, untuk fasa pertama seramai 20 ahli akan mengikuti kursus SKM tahap tiga yang mana mereka ini sudah berpengalaman lebih tiga tahun menjalankan aktiviti berkenaan.

Tambahnya lagi, untuk fasa kedua dan seterusnya seramai 10 ahli akan dipilih untuk mengikuti SKM ini dan sebolehnya mereka inginkan semua ahli yang terbabit dalam urutan refleksologi mendapat SKM.

Katanya, ahli yang mengambil SKM akan menduduki peperiksaan dan ia diselia pihak kerajaan, justeru secara tidak langsung akan meningkatkan imej OKU cacat penglihatan dalam menjalankan pekerjaan mereka.

Bagi Nurul Syahida Zainun Abidin, 25, kepercayaan orang ramai akan wujud apabila mengetahui mereka mempunyai kemahiran yang diiktiraf kerana sebelum ini ada cakap-cakap mengatakan mereka tidak berkemahiran dalam bidang urutan refleksologi.
————————————————————————
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my

この記事が気に入ったら
いいね ! しよう

エイダコイン(ADA) カテゴリの最新記事